Sunday, October 26, 2008


MANTERA BERADU
Masih belum sempurna..
Gerakkan Hati… Hati gerakkan…Pandanglah aku.. aku lah dia..
kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal..hanya berbual makan angin kembung perut mual…resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang..ku schizo paranoia takut pecah tembelang
pecah tembelang… peta dah hilang…bangau dah pulang… suara sumbang..
lidahku kaku tak selicin kuku teman baikku buku bini ku pena.. tak pernah lenaaku suka mengintai pantang ditenung berakhir pertelingkahan dalaman pasti belum
ikut gerak hati.. pena melayang dilihat dua layang pandang tak lah sekarang takat meradang tanya.. abang gedang, apa barang?badan macam badang main macam belakang parang
kuhunuskan keris musuh ada pistol tradisi kekalkan adaptasi harus betul tujuh baris keramat tujuh garis penamat baik berpada biar jahat asal selamat
ramai saudaraku yang baik telah dipijak
awan mendung yang berarak bawa tangis bawa resah rebah rindu yang terkumpul semua birat dan kalimah semua janji yang terikat lebur disisimu
yo ijazah terbaik datangnya dari jalanan dari pengalaman bercakap dan bersalaman konflik motivasi cuba medatasi positif dan benci jadi inspirasi pagi
peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah halang biar keduanya muka cantik soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya lebih hina dari zina
lu bikin dosa ku bikin prosa testosterone testarosa citacita sosa kl kl kosa nostra jalan berliku ku harung roller coaster gah sentosa tiada penyesalan luas pandangan jauh dah berjalan tak sempurna masih ada kejanggalan gagal merancang, merancang kegagalan
awan mendung yang berarak bawa tangis bawa resah rebah rindu yang terkumpul semua birat dan kalimah semua janji yang terikat lebur disisimu
kucing bawa tidur rimau bawa igau masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau turun bukit pucat dengar tiga miaww kucing bawa tidur rimau bawa igau masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
tolak pintu gua tiga kerat tenaga kosong tak dijaga sampai datang tiga naga ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang menang dengan otak tak mesti dengan pedang
sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang pura pura salah jawapan untuk naik berang panggil lima kawan atau biar pergi laju risaukan pekara remeh kita tak akan maju muka sama hijau hati siapa tahu merah dah menyala pasti mati siapa mahu gagap tiga kali bercakap benar saja bulan terang ramai yang keluar buat kerja
panjat pokok buluh cari tukun air terjun naik sampai nampak dah terpegun turun tiga ular ikut lompat atau paut kalau lari mati jika jerut maut
awan mendung yang berarak bawa tangis bawa resah rebah rindu yang terkumpul semua birat dan kalimah semua janji yang terikat lebur disisimu
puisi hati mu… hati mu puisi palu hati ku palu hatiku
kulit tak besalin walau saling ganti baju pandang sini pandang siniku berbahasa baku kata kata nahu himpun jadi satu mantera beradu dengan irama dan lagu
akhirnya sempurna….



RUMAH TERBUKA DAN SAINGAN LIGA




Beberapa hari lagi syawal akan berakhir.Pada masa inilah undangan rumah terbuka mencurah-curah.Rezeki jangan di tolak , musuh jangan di cari.


Saingan liga BPL pun kembali setelah berehat panjang kerana kelayakan Piala Dunia dan Champions League.Bagi Manchester United , setelah membelasah Celtic 3-0 , impian untuk terus menang tak kesampaian setelah hanya mampu seri 1-1 dengan Everton.Tapi saingan masih jauh lagi.


Bercerita tentang Pestabola Merdeka 08 yang baru berakhir.tahniah Vietnam kerana berjaya menjuarai Trofi Pestabola buat kali pertama setelah menewaskan kita dengan penentuan sepakan penalti.Tahniah buat Malaysia kerana berjaya ke final dan gawang gol tidak dibolosi sepanjang kejohanan.Ada peningkatan buat team Malaysia.


Orait nanti jumpa lagi dengan cerita baru..




Adios

Monday, October 6, 2008


PASUKAN MANA YANG BAKAL MENJUARAI BARCLAYS PREMIER LEAGUE 08/09..




Musim baru 08/09 telah bermula.Berakhirnya perlawanan ke7 bagi semua pasukan nampaknya Chelsea , Arsenal , Liverpool masih mendahului 3 tempat teratas liga.Masih banyak lagi baki perlawanan dan tak mustahil Manchester United akan terus mempertahankan kejuaraan.Silap-silap Hull City pulak juara..siapa tahu.


Akhirnya penyerang Man Utd , Berbatov dapat juga menjaringkan gol selepas beberapa perlawanan tanpa gol.Amaran untuk pasukan lain.Gandingan Berbatov-Rooney-Teves-Ronaldo akan menggegar jaring gol pasukan anda.


Jangan lupa undi anda untuk pemain pilihan anda.


ok..jumpa lagi..


Glory..Glory manunited